BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

w-e-l-c-o-m-e


Wednesday, October 28, 2009

SANUBARI : moto problem lagik!







Assalamualaikum WBT...

Salam Selusur...



aduh.

camana ni>

dah la keadaan goyah skrg.

motor plak problem!


enjin punya hal.

dia dah semput banyak kali atasjalan.

limit bawak 50 kmj ja.

dah xleh lebih.

tu pun pulas sampai habis.



akibatnye, minyak cepat je habis.

heran pergi maktab dari maktab setengah tank habis?

ayoyo.

WTF la.



rasa mcm nak beli je moto baru,

tp xmampu lg la.

duit nak cover laptop tu pun smpai tahn depan pon x habis bayar lg.




nk kena cari keja ptime ni.

sapa2 ada keja ptime gtaw ar...


plz tolong sangat2


Al Mukhliz

ZUL HAZMI HAMAD

Sunday, October 25, 2009

KAMPUS : Ada soalan spot???

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

Pabila musim peperiksaan dah dekat,
barulah kita sibuk nak tengok buku itu dan ini.
hehe,
namun,
adakalanya, kekangan masa membuatkan kita tidak sempat nak menghabiskan buku yang tebal dan notes2 lagi untuk exam.
so?
apa yang kita buat,
mesti cari soalan spot kan?
hehehe.
sama la saya...

kengkawan,
mana2 mempunyai soalan spot untuk subjek ni,
bolehlah kita share bersama yer...

BMM3107 : PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
BMM3108: FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU
EDU 3105: TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PJM 3112: REKA BENTUK DAN KURIKULUM PJ
RBT 3118 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KH
WAJ : SENI DALAM PENDIDIKAN

Al Mukhliz,
ZUL HAZMI HAMAD

INFO : Personaliti Melalui DARAH!

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...










DARAH A


Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B


Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB


Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

DARAH O


Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


AlMukhliz,
ZUL HAZMI HAMAD

AGAMA : PANDUAN BERSAMA : SOLAT ISTIKHARAH

Cara Solat Istikhoroh

Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat, sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam setiap rakaatnya membaca al-Fatihah dan surah apa saja yang sudah dihafal, lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis Bukhori dari jalan Jabir Bin Abdulloh). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)

Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu?

Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlash” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini didasari oleh maksud orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga yang patut dibaca adalah dua surat tersebut.

Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh.”

Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, lantaran tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu, dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing raka’at untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.

Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaknya (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca surah apa saja yang mudah.”

Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?

Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua roka’at. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105)

a. Sebelum salam

Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan:

1. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh, beliau berkata: “Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdo’a meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal. (Hadis Riwayat Bukhari 1377, dan Muslim 588)

2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya);

Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27)

3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.

b. Sesudah salam

Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdo’a...”

Berkata Ibnu Baz: “Sholat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. 10666)

Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah?

Imam Nawawi r.h. berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut baik meneruskan maksudnya atau meninggalkannya.”

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya:

“Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah ia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh, kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya.”

Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara

Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya, hal ini lantaran orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali.”

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)

Kesimpulan

1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia.

2. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi.

3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.

4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian.

5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah.

6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, adapun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya.

7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh.

8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)

9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan.

10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.

Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin

TIPS : FRUST BERCINTA? APA NAK BUAT?


Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

AGAMA : TIPS PENJAGAAN KULIT DARI AL-QURAN!

Secara amnya kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan lapisan dermis. Lapisan epidermis adalah lapisan yang tidak mempunyai saluran darah dan bergantung kepada bekalan darah daripada lapisan dermis.

Di dalam lapisan dermis kulit manusia, Allah telah menciptakan kelenjar-kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar sebum. Kelenjar ini menghasilkan lemak dari semasa ke semasa. Menurut pada saintis, tujuan penghasilan lemak-lemak ini adalah untuk melindungi kulit dan rambut daripada menyerap air. Ia juga mengelakkan kulit dan rambut menjadi kering, berkedut atau merekah. Hebat sungguh ciptaan Allah.

Sel-sel kulit manusia yang mati pula akan ditolak keluar ke lapisan epidermis, seterusnya tubuh badan akan menghasilkan sel baru. Proses ini berlaku sepanjang masa. Boleh dikatakan setiap detik, ada sahaja sel kulit yang mati di atas kulit manusia.

Sel-sel mati ini kemudiannya akan terkumpul bersama-sama lemak-lemak sebum, bakteria dan habuk di atas permukaan kulit. Permukaan kulit akan menjadi kotor. Bakteria-bakteria kemudiannya akan bertindak balas dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Inilah yang berlaku pada kulit manusia setiap hari.

Jika tidak bersihkan, ia akan mengakibatkan jangkitan kepada kulit seperti jerawat, jeragak, kanser dan sebagainya. Di bahagian muka manusia sahaja, para saintis telah menganggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi. [1]

Di dalam surah Al-Maaidah ayat 6, Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;”

Ayat ini merupakan perintah daripada Allah supaya orang-orang Islam berwuduk sebelum menunaikan solat. Wuduk perlu dilakukan dengan air suci. Anggota-anggota badan yang wajib dibersihkan adalah muka, tangan, kepala dan kaki.

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”

Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” [2]

Di antara anggota badan yang sunat dibersihkan pula adalah telinga. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah s.a.w. menyapu kepalanya dengan air dan kedua telinganya iaitu bahagian luar dan dalam.”[3]

Membersihkan anggota badan melebih kawasan wuduk juga dianggap sunat. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata, “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.”[4]

Di dalam Al-Umm, Imam As-Syafie menyatakan bahawa beliau lebih suka sekiranya seseorang itu berwuduk mukanya, tangannya dan kakinya tiga kali-tiga kali serta menyapu kepala tiga kali dan meratakan sapuan itu keseluruhan kepala. [5]

Kesemua “proses pembersihan kulit” ini dilakukan setiap kali sebelum solat lima waktu. Sekiranya setiap langkah diulangi sebanyak tiga kali, seseorang akan membasuh anggota wuduknya sebanyak 15 kali sehari. Sekiranya ditambah dengan solat sunat dhuha dan solat sunat witir, bilangan basuhan menjadi 21 kali.

Selain itu, seseorang juga disunatkan agar menggosok-gosok tempat wuduk. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith riwayat Abdullah Bin Zaid r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu beliau berkata, “beginilah.” Lalu beliau mengosok-gosok anggota wuduknya. [6]

Menggosok adalah mengenakan sedikit tekanan pada anggota wuduk. Aktiviti menekan dan menggosok ini seterusnya akan meransang beberapa titik refleksologi yang dikenali sebagai “Biologically Active Spots”, yang terdapat pada anggota-anggota wuduk. Tekanan-tekanan pada titik istimewa ini seterusnya akan merangsang saraf dan memberi tenaga serta kesegaran baru kepada angota-angota badan yang lain seperti, usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan lain-lain. [7]

Justeru, kita harus mempelajari tatacara wuduk yang betul. Wuduk yang betul bukan sahaja menjamin kebersihan, malah ia menjaga kesihatan. Dari segi rohani, wuduk yang betul membersihkan dosa. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. telah menceritakan bahawa ketika seorang muslim membasuh setiap anggota wuduk, kesalahan-kesalahan akan keluar bersama-sama dengan air basuhan tersebut. [8]

Untuk mempelajari teknik wuduk yang betul, saudara dijemput untuk meneliti laman web berikut :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wuduk
http://cybermosque.mpsj.gov.my/cara_wuduk.html

Wuduk, ternyata merupakan penjagaan kecantikkan luar dan dalam, zahir dan batin untuk lelaki dan wanita!

Wallahu’alam.

sumber:
http://webblog.myjodoh.net/2007/09/10/tip-penjagaan-kulit-daripada-al-quran/

KAMPUS : KAWAN-KAWAN, BERSEDIAKAH ANDA DENGAN INI?

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

Secara exlusive kepada rakan-rakan

guru pelatih 4 PISMP PENGAJIAN MELAYU,
PISMP SEMESTER 4,
RAKAN2 IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN,
RAKAN2 IPGM SE MALAYSIA,
dan yang mengambil peperiksaan.


BERSEDIAKAH KITA?

Al Mukhliz,
ZUL HAZMI HAMAD












SANUBARI : Rest.




Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

adeh...
bila dah penat berhempas pulas dengan macam2 benda yg last minute,
dapat rest cukup,
hehe... tido sakan!


Pe
tang semalam + malam semalam (9 lebih da tido) + 12 thari td + ptg td.
haha.
mmg qada banyak yang haritu penat tuh...
bila da bangun, rasa boring plak dah,
xtau nak wat apa di rumah.
esok, nak pergi kelas ke x?
huhuhu...
Al Mukhliz,
ZUL HAZMI HAMAD

Saturday, October 24, 2009

KAMPUS : PROGRAM MERAKYATKAN SENI - IPTA JKKN PP MERIAH!

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

Alhamdulillah.
semuanya telah selesai berlangsung dengan jayanya...

22 oktober 2009,
IPGM Kampus Tuanku Bainun telah bertuah kerana dipilih sebagai lokasi Progam Merakyatkan Seni (PMS) kategori IPTA bagi tahun 2009.
Program besar anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang ini telah berlangsung dengan meriah dan berjaya.

Acara pagi dimulakan dengan senam seni. acara ini melibatkan semua guru pelatih IPGM KTB dan berlangsung di Padang Astaka Waja.
Setelah selesai dan sarapan pagi,
Pertandingan Permainan Tradisional berlangsung.
Terdapat lima pertandingan,
iaitu congkak, seremban, dam aji, tating lawi,dan galah panjang.
Acara ini berlangsung di garaj motorsikal dan sekitar dewan dan rumah tuan Pengarah.
Pada masa yang sama, terdapat dua bengkel sedang berlangsung.
iaitu bengkel asas tari dan bengkel asas teater.
Bengkel ini berlangsung di Gymnasium Ungku Aziz.

Majlis berhenti rehat pada jam 1 tengahari,
untuk sesi rehat dan makan tengahari.

sesi kemudiannya disambung dengan acara semi final dan final bagi pertandingan tradisional.
pertandingan tamat lebih kurang jam 4 petang dan sesi berehat sebentar.

pada jam 5.15 petang, berlangsung majlis penutup Program Merakyatkan Seni budaya-IPTA di IPGM Kampus Tuanku Bainun.
Majlis ini dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang sendiri, Cik Mariam Sulaiman.
Tuan Timbalan Pengarah,Tn Hj Daud Md Saman turut berada dalam majlis.

majlis tamat sekitar jam 7.15 malam.

senarai nama pemenang akan diumumkan kemudian.

Terima kasih diucapkan kepada :
Cik Mariam Sulaiman, Pengarah JKKN Negeri Pulau Pinang,
Pn Fariza Ahmad, Penolong Pengarah JKKN Negeri Pulau Pinang,
semua pegawai-pegawai kebudayaan,
semua staff-staff JKKN negeri Pulau Pinang,
dan semua yang menjayakan aktiviti ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Terima Kasih Daun Keladi.


Al Mukhliz,
ZUL HAZMI HAMAD

PILIHAN : Hey Ladies

Lagu Pilihan Untuk Anda


video

Friday, October 23, 2009

KAMPUS : TAMAT SUDAH SATU MALAPETAKA. SATU LAGI PULA MENANTI.

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

hari ini, 23 oktober 2009.
hari yang ada untuk saya, untuk menarik nafas dan merebut sebanyak mana oksigen bersih setelah penat melalui suatu aktiviti yang sangat besar, kelmarin.

dan esok, 24 oktober 2009.
ada suatu lagi event yang mesti saya lalui.
setelah lama mengadakan perbincangan, maka kami akan bergerak ke sana.
alhamdulillah, semuanya selesai diurus.
semoga esok akan lancar tanpa sebarang masalah.
sebagai pengerusi kedua-dua program besar,
tentunya anda mengerti apa yg saya alami.

Al Mukhliz,
Zul Hazmi Hamad

Wednesday, October 21, 2009

KAMPUS : SIBUK.

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

Pertama sekali, terima kasih kepada kengkawan yang begitu peka kepada laman blog ini sehinggakan seringkali bertanya-tanya kepada saya, mengapa tidak meng`update` kannya setelah sekian lama.

hahahaha.
sebenarnya saya terlalu sibuk dengan pelbagai kerja dan program yang saya perlu uruskan.
saya sendiri pun dah pening dengan banyak sangat ni.
tambah dengan microteaching lagik.

asaimen pulak,
gila2 punya terus nak dalam saat2 waktu genting.
dan last minute tukar tarikh.
aiseh... tu yang jam tuh.

next programme,
Pertandingan Permainan Tradisional sempena Program Merakyatkan Seni
anjuran
Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang
dan Kelab Rukun Negara IPGM Kampus Tuanku Bainun
dengan kerjasama Biro Kesenian dan Kebudayaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Tuanku Bainun.
22 oktober 2009

24 oktober pula,
Khidmat Komuniti Bulan Sabit Merah Malaysia
di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

hahaha.
harini, ada microteaching pendidikan jasmani.
en rd suruh buat semua sekali,
dah la tak prepare apa pun.
hahahaha.
bedal je laaa...

tu lah kesibukkan saya minggu ni.
aduh...
Bila lah semua ni akan berakhir???

Al Mukhliz,
Zul Hazmi Hamad

Tuesday, October 13, 2009

SASTERA : Sajak Alam

Hijau

Diwaktu senja nan lalu
Gemersik cengkerik berlagu riang
sahutan melodi unggas
mengiringi kemerduan siulan sirama-rama
bagai kesyahduan syair sipujangga cinta
namun
kini semuanya diam membisu
bagaikan sang siput pemalu
akibat hilangnya warna-warna kehijauan
kehijauan flora yang dulunya
menjadi tempat bermain penghuni hutan
bumi yang dulu dipenuhi kehijauan
kini tinggal ketandusan
tanda sedikit pun kehijauan
kerakusan dan ketamakan
menjadi raja dihati
meracuni hati suci dengan
menzalimi keindahan alam
tanpa kehijauan flora apalah ertinya bimi?
Tanpa kehijauan flora apalah nasib sipenghuni hutan?
Berfikirlah wahai semua
Cintailah khazanah alam
Ketahuilah bahawa kehijauan flora adalah
Anugerah yang sangat bernilai untuk kehidupan
Tanpa flora siapalah kita dimata dunia
Tanpa flora hilanglah suara keriangan fauna


Sahul Azwan,
Tawau, Sabah

ILMU : HASIL PEMBELAJARAN

PENULISAN HASIL PEMBELAJARAN (HP)

Hasil pembelajaran merupakan satu daripada aspek yang dinilai sewaktu menjalani latihan praktikum. Guru pelatih perlu melatih diri menulis hasil pembelajaran yang baik dengan memasukkan aspek A, B, C dan D.

A - Audience (khalayak)
B- Behaviour (tingkahlaku)
C - Condition (syarat)
D - Degree (darjah pencapaian)

Audience / Khalayak
Khalayak guru ialah murid atau pelajar

Behaviour / Tingkahlaku
Penulisan tingkahlaku mesti dalam bentuk eksplisit yang aktivitinya boleh dilihat dan didengar oleh khalayak.

Gunakan perkataan seperti

•menyatakan,

•menyebut,

•menyenaraikan

Cuba elak dari menggunakan perkataan implisit seperti mengetahui dan memahami.

Condition / Syarat
Syarat dapat dilihat dengan perkataan seperti:

•'dengan betul',

•'dengan tepat' dan

•'dengan jitu'.
Selain itu syarat lain juga seperti:

•meletakkan label pada carta,

•menulis di jadual yang disediakan dan lain-lain lagi.
Degree / darjah pencapaian
Darjah pencapaian merujuk kepada penguasaan pelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar.
Penulisan seperti 5 daripada 6 merujuk kepada maksimum 6 item dalam isi pelajaran yang diajar.
Pemilihan 5 berdasarkan kepada nisbah melebihi 70% pencapaian.
Sekiranya pencapaian kurang 50%, bermakna aras pengajaran guru terlalu tinggi.

ILMU : KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM RPH

Kemahiran Berfikir mesti ditulis dalam perancangan RPH sebelum menulis isi pelajaran. Penulisan ini mesti disokong dengan aktiviti pengajaran pembelajaran. Kebanyakan pelajar hanya menulis untuk mengisi ruangan catatan supaya tidak kelihatan kosong tanpa melihat kesesuaiannya dengan aktiviti.

Antara bahan yang boleh ditulis dalam Kemahiran Berfikir ialah:

•membanding dan membeza
•membuat klasifikasi/ kategori
•meneliti sebahagian dan keseluruhan
•membuat sekuen
•membuat ramalan
•menyusul periksa andaian
•membuat inferen
•mengesahkan sumber maklumat
•menjana idea
•mencipta metafora
•membuat keputusan
•menyelesaikan masalah

ILMU : NILAI MURNI DALAM RPH

Penulisan nilai murni kadangkala kurang penghayatan oleh pelajar. Ini boleh dilihat sekiranya terdapat 2-3 item dalam penulisan nilai-nilai murni seolah-olah penulisannya berdasarkan paksaan institut bukannya kerelaan menulisnya. Tambahan pula dalam pengajaran selama 2 masa, sepatutnya banyak nilai murni yang boleh diterapkan kepada murid.

Terdapat beberapa nilai-nilai murni yang boleh dimasukkan dalam ruangan nilai murni pada RPH. Antaranya:

1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan fizikal
10. Kebersihan mental
11. Kejujuran
12. Kerajinan
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat

ILMU : ASAS PEMBINAAN RPH

ASAS PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Pengajaran guru menepati kehendak Sukatan Pelajaran
IMPLIKASI
Menentukan Hasil Pembelajaran (isi kandungan dan aras) menepati kehendak Sukatan pelajaran bagi topik berkenaan.
Menentukan isi kandungan yang yang tepat dan sesuai.

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan.
IMPLIKASI
Menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan adalah sesuai dan berkesan.
Pilih aktiviti/ pengalaman pembelajaran yang sesuai.
Tentukan peranan guru bagi setiap langkah pengajaran.
Tentukan penggunaan sumber P&P (media dan material) yang sesuai.

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Penggunaan prosedur pentaksiran yang sesuai untuk mengesan dan mengukur pencapaian objektif pengajaran.
IMPLIKASI
Tentukan prosedur pentaksiran yang sesuai.
Gunakan pentaksiran yang bersifat “performance-based”.
Ambil tindakan susulan berdasarkan maklum balas pentaksiran.

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Mempastikan penggunaan masa pengajaran secara optimum.
IMPLIKASI
Rancangkan penggunaan masa pengajaran.
Pastikan guru dan murid “on-task”.
Pantau penglibatan murid secara berterusan.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH

ANALISIS SUKATAN PELAJARAN
Menentukan Hasil Pembelajaran.
Menentukan skop isi kandungan.
Menentukan aras Hasil Pembelajaran

ANALISIS MAKLUMAT MURID
Maklumat umum murid.
Pengetahuan dan kemahiran sedia ada.
Minat dan kecenderungan.
Gaya pembelajaran.


LANGKAH PENYEDIAAN RPH
MENENTUKAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Menentukan Hasil Pembelajaran, situasi murid mempamerkan Hasil Pembelajaran dan tahap masteri.
Dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk perlakuan yang zahir.
Dinyatakan dengan jelas dan spesifik.

MEMILIH MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH
Langkah menghubungkan murid dengan objektif pengajaran.
Asas pemilihan: keperluan pembelajaran murid, sesuai dengan situasi pembelajaran dan objektif pengajaran, berupaya merangsang minat murid dan menyediakan peluang penglibatan murid.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH

MENENTUKAN PENGGUNAAN MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH
Menentukan bagaimana menggunakan media dan bahan bagi mencapai objektif pengajaran.
Tentukan media dan bahan berada dalam keadaan yang berfungsi.
Sediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH

MENENTUKAN AKTIVITI DAN BENTUK PENGLIBATAN MURID
Tentukan apa aktiviti pembelajaran dan bentuk penglibatan murid.
Sediakan peluang murid memanipulasi maklumat untuk mengamalkan kemahiran yang dipelajari.
Tentukan bentuk peranan guru sebagai fasilitator.
MENENTUKAN PROSEDUR PENTAKSIRAN PENCAPAIAN OBHEKTIF
Tentukan bagaimana guru mentaksir pencapaian objektif pengajaran.
Nilai keberkesanan penggunaan media, material dan peranan guru sebagai fasilitator.


ELEMEN UTAMA RPH

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN
PENGETAHUAN SEDIA ADA
ISI KANDUNGAN PELAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI
PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF
PENUTUP
ULASAN KENDIRI GURU PELATIH

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN

Analisis dapatan kajian Jabatan Ilmu Pendidikan MPTI:
Tidak menunjukkan ketekalan dalam penggunaan kata kerja t.laku eksplisit.
Tidak menunjukkan situasi yang membolehkan sesuatu tingkah laku itu tercapai.
Tidak menyatakan dengan jelas tahap pencapaian minimum yang dikehendaki.
Pemilihan objektif yang tidak selaras dengan tajuk pelajaran.

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Analisis dapatan kajian Institut Perguruan Miri.
Objektif pengajaran tidak selaras dengan Hasil Pembelajaran.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN
MENENTUKAN HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES)
Merupakan produk pembelajaran yang perlu dipamerkan murid sebagai bukti penguasaan tajuk yang diajar.
Dituliskan menggunakan kata kerja yang menjelaskan produk pembelajaran.
Menjadi panduan dalam memilih dan menentukan prosedur pengajaran dan pentaksiran.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN
MENGENAL PASTI SITUASI SPESIFIK PEMBELAJARAN AKAN BERLAKU
Perlu dinyatakan dalam keadaan situasi pembelajaran yang jelas atau memerlukan situasi yang spesifik.
Pilih situasi yang realistik.
Membantu menjadikan proses P&P lebih jelas, berfokus dan respons murid lebih berstruktur.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN
MENGENAL PASTI SITUASI SPESIFIK PEMBELAJARAN AKAN BERLAKU.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN
MENENTUKAN TAHAP KRITERIA
Merujuk kepada tahap prestasi pembelajaran yang memenuhi keperkuan objektif pengajaran.
Bersifat pertimbangan profesional.
Merupakan “cut-off points” pembelajaran.
Selaras dengan Hasil pembelajaran.

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Abtar (1993) menyenaraikan lima komponen penting dalam penulisan hasil pembelajaran. Ringkasnya ABCDS.
A = Audience
B = Behaviour
C = Content
D = Degree of Achievement
S = Situation

OBJKETIF PENGAJARAN

AUDIENCE
BEHAVIOR
CONTENT
DEGREE
SITUATION

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Pengetahuan / kemahiran asas yang membantu pelajar dalam pembelajaran baru.
Pengetahuan / kemahiran asas yang menjadi prasyarat kepada pembelajaran baru.
ISI KANDUNGAN
PENGETAHUAN
Kandungan maklumat yang perlu diperolehi dan difahami oleh pelajar
KEMAHIRAN
Perlakuan yang perlu dikuasai oleh pelajar berkenaan kandungan pengetahuan yang dipelajari.

CONTOH TAJUK: RESPIRASI
PENGETAHUAN
Organ-organ dalam sistem respirasi.
Mekanisme respirasi.
Peranan darah dalam respirasi.
Proses respirasi sel.
Kesan merokok ke atas sistem respirasi.

KEMAHIRAN
Menjelaskan mekanisme pernafasan, proses pengangkutan oksigen dan karbon dioksida oleh darah,proses pengoksidan makanan dalam sel badan.
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran dan aktiviti / pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk membolehkan pelajar menguasai apa yang diajar.

Pendekatan, Kaedah dan Teknik.
Aktiviti pengajaran pembelajaran.
Aktiviti pengayaan.
Aktiviti pengukuhan.
Aktiviti pemulihan.
Aktiviti kemahiran berfikir.
Aktiviti penilaian
Peranan guru sebagai fasilitator.


PRESENTING INFORMATION
EVENTS OF INSTRUCTION
Gain attention
Pre-requisite knowledge
Present objectives
Present content
Provide learning guidance
Elicit performance
Provide feedback
Evaluate
Enhance retention

INSTRUCTIONAL STRATEGIES
Lead-in
Build-up
Advance Organizer
Prepare & Preview
Explanation
Examples
Simulations
Analogies
Scenarios
Evidence
Exercises, self-test, quizzes
Summary

PENERAPAN NILAI
Penerapan nilai murni melalui isi kandungan.
Penerapan nilai murni melalui aktiviti.
Penerapan nilai kenegaraan.
Penerapan nilai dan sikap saintifik.

PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF
Prosedur pengumpulan maklumat mengenai pembelajaran pelajar.
Menentukan pencapaian objektif pelajaran.
PENUTUP
Penutup kognitif – merumuskan kandungan utama pelajaran.
Penutup sosial – memupuk perkembangan afektif pelajar.


BENGKEL 1

Pilih satu tajuk dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran sekolah dan tuliskan objektif pengajaran bagi tajuk berkenaan. Rujuk HSP bagi membantu anda menulis objektif pengajaran yang tepat.
BENGKEL 2

Dengan merujuk kepada salah satu RPH yang dibekalkan, nilai kekuatan dan kelemahan elemen-elemen perancangan pengajaran yang terkandung dalam RPH berkenaan.

PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Penglibatan dalam proses berfikir secara aktif.
Refleksi dan metakognitif.
Latihan pengukuhan.
Aplikasi kemahiran berfikir.

PERTIMBANGAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Pilih kemahiran berfikir yang berkaitan dengan pembelajaran tajuk yang diajar.
Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses berfikir bagi kemahiran berfikir yang ditentukan.
Kemahiran berfikir yang dipilih dapat membantu menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
Pilih satu / dua kemahiran berfikir dalam sesuatu pelajaran mengikut objektif pelajaran.

KATEGORI KEMAHIRAN BERFIKIR
PEMIKIRAN KRITIS
Mencirikan
Banding beza
Kategori
Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Menilai
Memeriksa andaian
Menentukan kebolehpercayaan sumber
Membuat ramalan
Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

PEMIKIRAN KREATIF
Menjana idea
Membuat inferens
Membuat analogi
Membuat metafora
Mengitlak
Membuat gambaran mental
Mereka cipta
METAKOGNITIF

Konsep: Pemikiran ke atas pemikiran.
Operasi:
Merancang – mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir dan merancang pelaksanaannya dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Memantau – mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar.
Menilai – mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir yang dilalui.

Tujuan:
Menyedari cara kita berfikir, mencari pelbagai alternatif penyelesaian masalah, dan cara melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual.
CONTOH
SOALAN METAKOGNITIF
Apakah langkah yang anda fikirkan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B?
Bagaimanakh anda membezakan daun A dan daun B?
Mengapakah anda menggunakan kaedah itu?
Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang anda dapat?
SOALAN KOGNITIF
Senaraikan ciri persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B.
Bandingkan corak umum urat daun A dan daun B.
Daun manakah yang lebih:
- lebar
- panjang

SANUBARI : KAWAN.

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

Bermakna.
Dengari.
Fahami.
Hayati.

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu


Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan



video

Al Mukhliz,
Zul Hazmi Hamad

Monday, October 12, 2009

SANUBARI : berharap LAMI & DURAMINE

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

now, i will do my best,
nak fight dengan kegemukan lemak2 yg ada dalam badan ni.
semoga dengan adanya dua teman baik ni,
pil lami dan duramine,
semoga badan ini akan semakin kurus.

dah malu dengan kutukan dan hinaan org.
dah malu org mengata.
dah malu xda orang nak.

semoga berkesan.

Al Mukhliz,
Zul Hazmi Hamad












SANUBARI : DIRI YANG TIDAK TERURUS

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

Pertama sekali,
jangan tanya pasal keadaan sekarang.
yes, im really bz with assignments, task, presentation, programmes, projek, camping, dan mcm2 yg kena buat semester ni.
tak cukup tangan nak buat...
tambahan pula, dapat lect yang pelbagai sem ni...
adeh...
jadi, mcm2 kerenah...
dan semua benda tu,
buatkan saya bertambah tertekan.

akibatnye,
muka ditumbuhi banyak jerawat.
lingkaran gelap bawah mata makin gelap.
dah jadi macam panda dah...
muka serabai.
belemoih.
misai janggut tak terurus.
semuanya selekeh.
huhuhuhu...

takpalah,
mmg kalo segak pon xde org nak.
jadi xdela kisah sgt.
cuma, letih sgt2.
ditambah masalah2 lain yg datang tanpa diduga.
apapun, saya terima permasalahan yang datang sebagai suatu bentuk ujian daripada Allah SWT.
saya sedar bahawa sebagai manusia, hamba Allah,
saya tidak terlepas daripada ujian,
dan sememangnya ujian ini banyak memberi pengajaran dan seterusnya,
mematangkan diri saya sendiri.

dan juga,
sebagai seorang manusia,
saya bukanlah seorang malaikat yang maha sempurna seperti rasul.
saya juga banyak melakukan kesalahan dan kekhilafan.
saya banyak kekurangan dan kelemahan diri.
saya tahu, saya tidak sempurna.
maka, sebarang kesialapan dan keterlanjuran kata saya,
saya pohon sejuta kemaafan dan saya amat berharap perkara seperti ini tidak berulang.
saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa.
saya akan terus melakukan yang terbaik buat semua.

dan di kesempatan ini,
andai salah dan sikap yang nyata mahupun terselindung yang pernah ku lakukan,
sujud ampun mohon kemaafan daripada diri ini.
semoga kita berjumpa lagi,
di tempat yang lebih indah,
yang bahagia hakiki, selamanya.

Al Mukhliz,
Zul Hazmi Hamad

Sunday, October 11, 2009

KAMPUS : DJ Sambutan Aidilfitri Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

sebenarnya, event ni dah lama...
cuma, tak sempat nak upload pic ni.
yerlah, bz dengan memacam bende dan kejadian2 aneh...
camping laa...
kursus laaa...
assignment lagik...
projek...
huhuhu...

apepun, this is sikit memory masa jadik dj time sambutan hari raya aidilfitri peringkat institut.
saya berpartner dengan dj yam.
hahaha.

thx yam, tolong di saat last minute n no preparation.
pakai mai buat mcmtu ja...

hahaha.

apapun, xde salah banyak sangat...

kepada org2 sekitar yg nak jmput kami jadi dj, leh je.
hahahah

Al Mukhliz,
Zul Hazmi Hamad




SOSIAL : HAPPY BESDAY NANA!

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...

thx to Nana, sbb invite zul time besday nana haritu.
thx gak kat kak kin yg berkali2 ajak suruh pi...
ingat da xmau pi malam tu.
apepun, really enjoy it kat safira that nite.
happy besday yer nana!

Al Mukhliz,
Zul Hazmi Hamad


















TEAM : Kak Ila Jamu Kena RAGUT.

Assalamualaikum WBT...
Salam Selusur...








adeh, kesiannye kat minah ni.
kena ragut pagi tadi.
masa nak pi keja plak tuh...
adeh...


naseb bek duit tak banyak hilang...
yang ic, kad2 bank, cepat2 cancel,
pastu wat report,
buat ic semula...


badan pun sakit2.
lebam pungkok habis.
tu lar, bwk beg bsr sgt.
peragut mesti ingat bawak seribu hinggit...
hahaha...

apepun,
semoga dijadikan seribu pengajaran daripada iktibar ini buat kita semua.

Al Mukhliz,
Zul Hazmi Hamad

Saturday, October 10, 2009

ILMU : BMM 3108 : FONETIK & FONOLOGI
















Assalamualaikum WBT...

Salam Selusur...




pertama sekali, syukur alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus berasaskan Ilmu (KKBI) Pengajian Melayu : Fonetik dan Fonologi BM semester empat, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).




Di dalam tugasan ini, saya dikhendaki merakam suara seorang pelajar sekolah, dan seterusnya menganalisis bunyi suara kepada tiga bahagian, iaitu vokal, konsonan, dan ayat pendek.


analisis ini seterusnya ditranskripsikan kepada simbol fonetik.




Respondan saya adalah Muhamad Alif Aiman Bin Mohd Tarmizi, pelajar tahun Dua Anggerik, Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Sungai Ular, Kulim, Kedah Darul Aman.





berikut merupakan gambar beliau sepanjang sesi temuduga.




Al Mukhliz,


Zul Hazmi Hamad



Tuesday, October 6, 2009

KAMPUS : BZ vs STRESS













Assalamualaikum WBT...

Salam Selusur...







maafla kawan2...
dah lama tak update blog.
bukan apa...
sibuk sangat dengan macam2 benda...
assignment-jpp-kursus-camping-dugaan-masalah-projek-jamuan-
ayooo...
boleh jadi gila macamni!

starting from tomorrow,
7 oktober 2009, until 10 oktober,
semua unit beruniform IPGM Kampus Tuanku Bainun dan IPGM Kampus Pulau Pinang akan mengikuti perkemahan unit beruniform di PULAKOL Sungai Petani.
4 hari 3 malam...
adeh...

yang SDP pulak,
submit 23 oktober,
tetiba plak lect ubah menjadi isnin ni!
dah la apapun xbuat lagi!
balik camping pun hari sabtu.
tak sempat laaa...

dah la hari selasa dah start pameran...
adoii...
semuanya mesti sekarang ker???
penat la camni!!!!








lama2 leh jadik gilaaaa mcmni!




ya Allah... bilalah semua ni akan berakhir???
AL MUKHLIZ,
ZUL HAZMI HAMAD








Related Posts with Thumbnails