BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

w-e-l-c-o-m-e


Tuesday, March 1, 2011

KAJIAN TINDAKAN ASPEK PENGABAIAN PENULISAN DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS

KAJIAN TINDAKAN ASPEK PENGABAIAN PENULISAN DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS


PROGRAM : PEMULIHAN KHAS

KERTAS : STRATEGI BAHASA MELAYU

TAJUK : KAJIAN TINDAKANASPEK PENGABAIAN PENULISAN DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS

Nama Pelajar

XXX

Kemasukan

XXX

Tugasan

KUMPULAN

Nama Pensyarah

XXX

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. TAJUK KAJIAN : ASPEK PENGABAIAN PENULISAN

DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS

2. NAMA PENYELIDIK : SAFILAH BINTI ABDULLAH

: NOOR ASLIZA BINTI MAMAT

3. NAMA SEKOLAH : SK ( 2) PETALING JAYA ,

JALAN 1/10 46000 PETALING JAYA ,

SELANGOR.

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada minggu pertama pratikum pada 10 Julai 2007, kami telah menjalankan ujian diagnostik tulisan kepada murid-murid pemulihan tahun 2 Cerdas dan 3 Cerdas . Daripada dapatan yang kami perolehi, tulisan mereka amat tidak memuaskan kerana tulisan mereka tidak kemas , menulis dengan keadaan menyongsang , saiz huruf yang tidak sekata dan berbalik-balik cara menulisnya . Ini menyebabkan penulisan mereka amat comot, tidak kemas dan apa yang ditulis sukar dibaca dan difahami. Kami berpendapat masalah ini perlu diatasi segera untuk membolehkannya menjalani proses pembelajaran dengan lebih berkesan pada masa hadapan.

5. FOKUS KAJIAN

Sehubungan dengan itu, melalui pemerhatian yang kami lakukan berdasarkan ujian diagnostik dan latihan yang dibuat oleh murid – murid pemulihan ini, kami dapati kelemahan mereka dalam aspek tulisan berpunca daripada ketiadaan latihan menulis yang terancang dan pengabaian guru terhadap aspek tulisan murid-murid ini sejak awal persekolahannya terutama semasa berada di dalam kelas pra persekolahan . Dengan pengabaian inilah yang menyebabkan keciciran murid-murid dalam teknik penulisan dan seterusnya mengakibatkan mereka jauh ketinggalan dan gagal untuk menulis dengan betul.

Oleh itu sekiranya masalah ini berpanjangan , pencapaian murid-murid ini akan terjejas dan seterusnya akan memberikan impak yang kurang memuaskan terhadap pencapaian keputusan peperiksaan yang bakal dihadapi. Maka haruslah diambil tindakan yang sewajarnya dan tindakan yang sepatutnya dilakukan bagi memperbaiki situasi yang wujud sekarang. Oleh itu kami telah membuat kajian terhadap murid-murid yang mengalami masalah tulisan bagi mengatasi masalah ini supaya tidak berlarutan. Oleh itu kami telah memilih seorang murid Eendiran sebagai responden dalam kajian tindakan kami.

6. OBJEKTIF KAJIAN

i) OBJEKTIF UMUM

Membolehkan sasaran murid menulis dengan tulisan yang kemas dan

teratur.

ii) OBJEKTIF KHUSUS

1) Membetulkan cara murid menulis supaya tulisan mereka tepat dan kemas.

2) Murid dapat menulis huruf, sukukata dan perkataan dengan kemas dan betul.

3) Memudahkan murid berkomunikasi atau berhubung dalam bentuk penulisan dengan menggunakan bahasa baku.

7. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada seorang murid pemulihan yang lemah dalam kemahiran tulisan.

8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

i) Tinjauan Masalah

Tidak dapat dinafikan segelintir murid masih menghadapi masalah lemah penulisan. Senario ini dapat dikenal pasti sejak awal tahun lagi melalui latihan-latihan yang diberikan kepada murid-murid kelas ini. Kebanyakan murid tidak menghantar buku latihan untuk disemak oleh guru. Ini kerana mereka gagal menyiapkan latihan yang diberikan mengikut tempoh masa yang diberikan. Berdasarkan buku latihan mereka, kami dapati mereka lambat menulis dan tulisan mereka tidak kemas, latihan yang diberikan juga tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang agak panjang. Murid yang bermasalah penulisan juga sering memandang papan hitam berulang kali. Keadaan ini menyebabkan mereka lambat untuk menyalin latihan yang diberikan.

ii) Strategi Yang Dilaksanakan

Latihan bertulis -( Tulisan Cantik )

iii) Cara Pelaksanaan (P – Pemerhatian)

i) Guru membuat tinjauan pemerhatian dan maklum balas dari guru kelas atau guru mata pelajaran.

ii) Guru memberi bahan tulisan untuk disalin oleh murid.

Pelaksanaan (M – Merancang )

i) Guru merangka dan merancang latihan –latihan pergerakan tangan dan keselarasan ( kordinasi ).

ii) Guru memberikan latihan kepada kumpulan sasaran.

iii) Menjalankan aktiviti yang dirancang.

Pelaksanaan (R – Refleksi )

i) Guru membuat refleksi berdasarkan latihan dan aktiviti

yang telah dijalankan

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil

Aktiviti

Tarikh

Catatan

1.

Mengenal pasti masalah

10 Julai 2007

Mengadakan ujian Diagnostik 1 Tulisan .

2.

Menyediakan program Tulisan Cantik

23 Julai 2007

3.

Menyediakan bahan

25 Julai 2007

4.

Mengendalikan ujian pra

27 Julai 2007

5.

Melaksanakan tindakan

30 Julai 2007

6.

Mengendalikan ujian pos

6 Ogos 2007

7.

Mencatat dapatan dan membuat rumusan

6 Ogos 2007

Aktiviti khusus bagi membetulkan serta membaiki cara penulisan ialah

1. Cara duduk murid supaya permukaan meja selari dengan tulang selangka

yang terakhir, lengan pula terletak di bahagian tepi permukaan meja

berhampiran dengan murid. Jarak mata adalah lebih kurang 25 cm di

antara buku tulis.

2. Murid diajar memegang pensel dalam keadaan condong iaitu kira-kira 45 darjah dan mengerakkan pensel dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk manakala 3 jari yang lain dalam keadaan selesa.

3. Aktiviti permainan mencari jalan keluar .

4. Menyalin perkataan dari kad yang disediakan dengan menggunakan warna

bagi huruf awal.

5. Pengamatan iaitu menyambung titik-titik untuk menghasilkan bentuk-bentuk

dan latihan pertalian jarak.

6. Latihan-latihan mendiskrimasikan bentuk yang sama , berbeza dan serupa

dan latihan tidak sama

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

1) Kertas A4 pelbagai warna RM10.00

2) Pen Marker (RM3 x 6) RM18.00

3) Kad Latihan RM12.00

4) Kertas Filem RM45.00

5) Ganjaran ( 4 Minggu) RM20.00

6) Dakwat mesin pencetak RM68.00

______________________________________________________

JUMLAH RM163.00___

Laporan Kajian Tindakan Tulisan Cantik Kelas Pemulihan

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti murid yang menghadapi masalah penulisan yang tidak kemas ,comot dan sukar dibaca . Kumpulan sasaran telah dijalankan dalam kalangan murid tahun 2 dan 3 dari kelas pemulihan Sekolah Kebangsaaan (2) Petaling Jaya, Selangor . Perancangan menitikberatkan cara penulisan yang betul dalam kalangan murid pemulihan . Hasil daripada tulisan yang dilahirkan oleh seseorang murid inilah yang akan mencerminkan kemahiran dan perkembangan mentalnya , kerana tulisan yang baik akan boleh dibaca dan difahami maksudnya.

Latar belakang Responden

Murid yang telah kami perhatikan yang memerlukan bimbingan ialah Eendiran Sivapragasam .Murid ini merupakan murid tahun 2 yang baru berpindah dari Sekolah Kebangsaan(1) Petaling Jaya ke Sekolah Kebangsaan (2) Petaling Jaya. Penampilan diri agak tidak terurus dan sering datang lewat ke sekolah . Semasa di sekolah, Eendiran tidak mempunyai ramai kawan sepermainan . Dia juga sering membuli beberapa rakannya mungkin disebabkan badannya yang bersaiz besar . Kadangkala dia akan melakukan sesuatu yang kurang disenangi untuk menarik perhatian rakan-rakan dan guru yang mengajarnya. Namun begitu, Eendiran sebenarnya bukanlah seorang murid yang sangat malas, cuma dia memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang sistematik bagi membantunya memajukan diri dalam pelajarannya .

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Ekoran daripada tinjauan dan Ujian Diagnostik (Tulisan), tahap penulisan yang membimbangkan dalam kalangan murid pemulihan mencetuskan keinsafan dan keazaman pengkaji untuk membantu mengatasi masalah tersebut. Murid pemulihan sering kali atau kerap menulis dengan cara terbalik, ketetapan jarak huruf yang tidak seragam, mencampur-adukkan huruf besar dengan huruf kecil dan tulisan terlalu buruk sehingga tidak boleh dibaca . Kesukaran-kesukaran pengamatan pendengaran, penglihatan, masalah keselarasan motor mata dan tangan atau gangguan emosi serta kurang mendapat pengalaman pra tulisan boleh mempengaruhi kesukaran dalam penulisan seseorang murid.

Kepentingan Kajian

1. Mengetahui tahap penguasaan penulisan sebenar murid pemulihan yang dikaji.

2. Melihat keberkesanan aktiviti yang dirancang kepada sasaran yang dikaji.

3. Murid dapat menulis huruf ,sukukata dan perkataaan dengan baik dan betul .

4. Murid dapat menulis dalam tatabahasa yang betul .

5. Malahan murid juga dapat menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul di dalam penulisannya.

Metodologi / Kaedah

Cara mengetahui langkah-langkah yang sistematik proses pengumpulan dan mencatat data maklumat adalah seperti berikut:

Reka bentuk kajian adalah berdasarkan:

Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan).

Sampel kajian:

Seorang murid lelaki berbangsa India bernama Eendiran A/l Sivapragasam

Analisa tinjauan masalah

Kelemahan gerak kerja bertulis Ujian Diagnostik telah dibina dalam berbagai bentuk iaitu mengisi tempat kosong ,penyesuaian abjad ,gambar dan perkataan .

Keputusannya adalah seperti berikut :

Bil

Ujian

Markah

Penilaian

1.

Isikan tempat kosong

4/10

Tidak faham abjad kecil secara turutan

2

Menulis berdasarkan gambar

0/10

Tidak boleh menulis perkataan

3

Melengkapkan perkataan berdasarkan gambar

1/10

Tidak ada pengetahuan sedia ada tentang gambar

*seperti dilampirkan

Hasil dapatan

Murid dapat dipulihkan dengan kaedah penulisan yang sistematik dan menarik .

Kaedah permainan dapat menghilangkan perasaan bosan malah mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan . Kajian perlu diteruskan bagi membantu dan membimbing murid yang menghadapi masalah di dalam penulisan khususnya dari pra persekolahan lagi.

Cara pengajaran pemulihan khas adalah berbeza dengan cara yang digunakan di dalam kelas biasa. Biasanya murid pemulihan yang menghadapi masalah ini memerlukan pengajaran secara individu. Dalam menyediakan bahan dan aktiviti, kita sebagai guru perlu mengambil kira aspek kebolehan,kesediaan dan kemampuan murid itu. Dengan itu proses pengajaran akan dapat dijalankan dengan lebih efektif dan bermakna kepada murid itu.

Seterusnya, guru harus menyediakan aktiviti yang dapat memberi maklum balas dengan segera supaya murid dapat mengetahui sama ada mereka telah membuat kesalahan atau tidak.

Kesimpulannya setelah menganalisa keputusan gerak kerja bertulis yang telah dijalankan ke atas Eendiran keseluruhan didapati murid ini ;

1. Masih keliru tidak dapat mengenal abjad secara turutan

2. Tidak pasti dengan penggunaan vokal.

3. Tidak mahir dalam membentuk perkataan.

4. Tidak faham dan tidak boleh mengadunkan bunyi suku kata tertutup dngan betul.

5. Masih keliru dengan huruf konsonan ng.

6. Lemah dalam perbendaharaan kata.

7. Kelemahan dalam ejaan dan tulisan.

Berikut ialah perkataan yang dibaca oleh guru supaya Eendiran mengeja dan menulis di atas sehelai kertas .

Bil

Perkataan

1

Abu – ini

2

Cuba – Rabu

3

Kalau – Sabtu

4

Talam – simpan

5

Kemarau – halau

Perkatan tersebut berdasarkan penggunaan vokal suku kata terbuka ,tertutup, kemahiran dari aras mudah ke aras sukar . Keputusannya, Eendiran amat sukar mengeja dengan betul perkataan-perkataan itu terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan –gabungan 2 atau 3 suku kata. Dia keliru menggunakan huruf ‘b’ ditulis huruf ‘d’ , huruf ‘m’ pula dituis huruf ‘n’,huruf ‘I’ kecil ditulis dengan huruf besar dan huruf ‘l’ kecil ditulis dengan huruf ‘L’ besar.Tulisannya pula kurang memuaskan iaitu boleh dibaca tetapi berbagai bentuk saiznya . Dengan itu, Eendiran menghadapi masalah yang teruk dalam penulisannya .

Berdasarkan daripada keputusan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan) yang telah dijalankan pada 11 Julai 2007, Eendiran telah mendapat markah sebanyak 48/ 100 . Dia hanya menjawab beberapa soalan dalam bahagian satu iaitu soalan:Menulis huruf yang disebut oleh guru.Eendiran meminta gurunya membaca dan mengulangi arahan soalan. Manakala menurut guru pelajaran Bahasa Melayu, Puan Siti Aisah, markah keputusan Ujian Formatif Bahasa Melayu ,Eendiran adalah yang terendah di dalam kelasnya . Dari keputusan yang diperolehinya, kesimpulannya pencapaian Eendiran adalah lemah sekali . Namun begitu, dia masih mempunyai peluang untuk membantu dan memperbaikinya Keputusan ujian-ujian yang lalu juga menunjukkan murid ini mempunyai banyak kelemahan . Kedudukan Eendiran dalam kelas adalah tempat yang terakhir iaitu 30/30.

Selain faktor-faktor yang telah diperkatakan terdahulu kelemahan Eendiran dalam pembelajaran Bahasa Melayu mungkin boleh diandaikan kepada kelemahan dan kekurangan pengajaran guru di sekolah . Faktor ini sekiranya berlaku akan secara langsung melemahkan pembelajaran seseorang murid seperti Eendiran. Di dalam kelas Eendiran pula ditempatkan dalam kumpulan D iaitu kumpulan yang kurang berkebolehan. Kumpulan tersebut pula mengandungi 7 orang murid dan kesemuanya dimasukkan ke dalam kelas pemulihan .

Tumpuan semasa mata pelajaran Bahasa Melayu, Eendiran dan kawan-kawannya kurang bermotivasi. Setiap hari semasa pelajaran Bahasa Melayu Eendiran masuk ke kelas pemulihan, dia akan terus ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang diajar di dalam kelas sebenarnya. Manakala guru Bahasa Melayu pula tidak prihatin, peka dan tidak langsung cuba berusaha memulihkannya. Impaknya, Eendiran memang diserahkan bulat-bulat kepada guru pemulihan yang Cuma mengajar kemahiran asas Bahasa Melayu sahaja .Selain itu kemudahan pembelajaran bahasa agak terbatas namun mencukupi untuk digunakan di dalam kelas itu sahaja.

Ketiadaan sudut bacaan buku dan suasana kelas yang tidak kondusif kurang sesuai untuk Eendiran .Dia hanya membelek-belek dan melihat-lihat gambar apabila diberi peluang ke sudut bacaan . Setiap murid berpeluang ke pusat sumber dan boleh meminjam buku cerita . Bagi Eendiran, dia lebih suka meminjam buku –buku yang mengandungi banyak gambar kerana katanya dia suka melihat gambar-gambar dalam buku cerita tersebut.

Eendiran juga berpeluang mengikuti pelajaran Bahasa Melayu di dalam program TV Pendidikan atau cakera padat. Eendiran mengatakan dia faham tetapi tahap kefahamannya itu masih menjadi tanda persoalan kepada pengkaji.

Kesimpulannya dari tinjauan dan Ujian Diagnostik yang dijalankan, pengkaji telah mendapat gambaran secara am prestasi dan kemajuan pencapaian Bahasa Melayu. Berdasarkan hasil perbincangan ringkas dengan guru kelas didapati ;

1.Keseluruhan pelajarannya adalah lemah

2.Pelajaran paling lemah ialah Bahasa Melayu .Selain mendapat gred D di dalam peperiksaan malah pertuturannya dan tidak menggunakan bahasa yang betul..Tulisannya agak baik, tidak terlalu buruk .

3.Selalu salah menyalin perkataan –perkataan dari papan hitam.

4. Kurang mengenali dan menggunakan tanda baca kecuali noktah.

Sememangnya Eendiran perlu dipulihkan segera dan mendapat perhatian dari semua pihak sekolah ,ibu bapa, penjaga dan dedikasi guru yang peka terhadap masalah yang dihadapi. Dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sistematik, Eendiran masih boleh meneruskan pembelajaran dan bukan

bergantung seperti kanak-kanak lain .

Saranan yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada tempat pembelajaran dan situasi pembelajaran di dalam kelas dan sekolah serta diri murid itu sendiri.

Kedudukan Eendiran di dalam kelas adalah kurang tepat. Seharusnya dia diletakkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan supaya dapat memberi peluang belajar dengan kawan- kawan yang lebih pandai .

Seharusnya Eendiran perlu juga dipulihkan di dalam kelasnya sebagai meneruskan kesinambungan pembelajaran di kelas biasa.

Guru perlu menyediakan bahan bantu pengajaran dan teknik penulisan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid.

Perbincangan dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan pembelajarannya dan cara mengatasinya.

Kesimpulan dan Cadangan Kajian Seterusnya

Sesungguhnya murid-murid pemulihan boleh dididik dengan sempurna sekalipun mereka telah dibesarkan dalam persekitaran yang tidak kondusif untuk belajar. Maka tanggungjawab seseorang pendidik adalah perlu bagi membantu mengatasi permasalahan murid pemulihan. Selain daripada itu, para ibu bapa dan pihak sekolah perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengendalian proses pembelajaran supaya murid pemulihan mendapat input yang bermanfaat.

Guru-guru lain juga perlu mengenali dan melibatkan diri dengan aktif dalam proses membantu murid pemulihan. Guru pemulihan perlu kreatif untuk mengaplikasi bahan pengajaran agar dapat membantu murid mengatasi masalah.

Pemberatan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan tergesa-gesa, tindakan akan menyebabkan keciciran berlaku. Seharusnya guru perlu menitikberatkan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Contohnya, kemahiran membina ayat dengan betul dan menulis dengan betul.

Terdapat alasan guru yang mengatakan murid pemulihan lemah, tidak bermotivasi dan kelas yang padat menyebabkan guru tersebut mengabaikan aspek pengajaran yang berkesan.

Sehubungan dengan itu,jika murid pemulihan mendapat perhatian dan tindakan susulan yang sewajarnya, maka masalah keciciran dalam pelajaran akan dapat diatasi.

Lampiran

1.Hasil tulisan tangan responden

2.Keputusan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu( Tulisan)

3.Rekod Ujian semasa Tahun 1 di sekolah lama responden

4.Maklumat rekod kesihatan responden

5. Gambar Responden Kajian Tindakan

SK Jln Batu

0 comments:

Related Posts with Thumbnails