BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

w-e-l-c-o-m-e


Tuesday, March 1, 2011

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH DALAM PENULISAN


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH DALAM PENULISAN

BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN LITTLE BOOK.

Oleh

Zalinawati Othman

Sekolah Kebangsaan Bandar Endau

86900 Endau

Johor


Abstrak

Kajian ini saya laksanakan kerana kesedaran pada diri sendiri untuk

keluar daripada pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan

penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam

pengajaran dan pembelajaran. Jika disebut Bahasa Inggeris ramai murid

yang mengeluh, bagi mereka subjek ini adalah susah.Tinjauan awal telah

dilaksanakan melalui semakan kerja murid, ujian pra dan pemerhatian.

Hasil tinjauan menunjukan murid tidak mahir menulis ayat, banyak

perkataan yang salah serta susunan ayat yang tidak tepat. Kemahiran

menulis adalah penting bagi setiap murid untuk mendapat markah yang

tinggi.Justeru itu, saya telah memperkenalkan kaedah
Little Book. Melalui

kaedah ini, murid dikehendaki menulis ayat mudah secara berulang-ulang

serta melukis mengikut kreativiti mereka. Seramai 36 orang murid serta

seorang guru terlibat dalam kajian ini. Dua belas
Little Book telah

dihasilkan dalam tempoh tiga bulan berdasarkan topik mengikut sukatan.

Keputusan Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid.

Murid lebih berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris.

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Setelah mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kelas 2 Cendekiawan saya

dapati mereka kurang berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apabila diajukan

soalan, mereka sering menjawab tidak faham malah menjawab sambil lewa. Saya

mendapati kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja yang diberikan walaupun diminta

untuk menulis satu ayat mudah seperti
This is a pencil .Kebanyakan mereka akan meniru

kawan serta tidak ingin mencuba menyiapkan kerja yang diberi.Apabila melihat situasi

seperti ini saya merasa bersalah dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada

diri sendiri. Sehubungan dengan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki

kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya. Saya telah

menggunakan kaedah
Little Book.Kaedah Little Book merupakan sebuah buku kecil yang digunakan oleh muridmurid

untuk menulis ayat mudah secara berulang-ulang serta melukis gambar dengan

kreatif mengikut helaian muka surat. Penggabungjalinan ini diharapkan dapat melatih

murid-murid dalam kemahiran menulis struktur ayat yang betul dan memperkayakan

perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Hal ini kerana saya yakin seni adalah kaedah

paling sesuai bagi memupuk minat dan kreativiti murid-murid. Ia secara tidak langsung

memainkan peranan penting dalam perkembangan intelektual dan emosional malah

menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris lebih menarik dan menyeronokkan. Muridmurid

perlu dilatih untuk menulis apabila mereka telah bersedia dan mereka akan

terdorong untuk menulis apabila mendapat tunjuk ajar yang betul.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

2

2.0 Fokus kajian

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat membina ayat mudah kerana

mereka tidak faham Bahasa Inggeris, tidak boleh mengeja dengan betul serta meniru

rakan untuk mendapat jawapan. Apabila amalan meniru menjadi tabiat menyebabkan

mereka tidak dapat menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah penting bagi murid-murid 2

Cendekiawan untuk membina ayat dengan struktur yang betul kerana mereka

memerlukan kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan diri. Jika murid tidak boleh

membuat ayat dengan betul ini akan memberi kesan yang negatif terhadap diri mereka.

Mereka akan menggangap Bahasa Inggeris adalah subjek yang susah serta hilang minat

untuk terus belajar. Kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada kemahiran menulis

dalam Bahasa Inggeris.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

Tujuan Kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran membina ayat dalam

penulisan Bahasa Inggeris bagi murid-murid Tahap 1.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah agar :

i. Murid boleh membina ayat mudah didalam penulisan Bahasa Inggeris.

ii. Meningkatkan pencapaian murid mata pelajaran Bahasa Inggeris.

iii. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam penguasaan Bahasa Inggeris

iv. Mengubah sikap persepsi murid bahawa Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran

yang mudah difahami.

4.0 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran terdiri daripada 36 orang murid 2 Cendekiawan.

5.0 Perlaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini .Saya telah

menggunakan tiga cara untuk mengumpul data iaitu memeriksa buku tulis, ujian pra dan

pemerhatian.

5.2 Analisis Tinjauan masalah.

i. Memerika Buku Latihan
– Saya telah memeriksa secara rawak buku 5 orang murid

dan mendapati 4 daripada murid telah membuat kesalahan dari segi ejaan dan juga

struktur ayat.

Jadual 1 :Kesalahan ejaan dan ayat

Jenis Kesalahan Contoh

Ejaan Pensil

Struktur ayat Two this is ducks

Jadual 1 menunjukkan contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam buku latihan

yang diperiksa.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

3

ii. Ujian Pra – Saya telah menjalankan ujian pra yang mengkehendaki murid menjawab 5

soalan yang terdiri daripada mengeja perkataan dan menyusun struktur ayat dengan

betul.

Jadual 2: Keputusan Ujian Pra

Markah Bil. Murid (%)

5 1 3

4 4 11

3 2 6

2 9 25

1 20 55

Jumlah 36 100

Berdasarkan keputusan Ujian Pra dalam Jadual 2, didapati hanya seorang murid berjaya

menjawab semua soalan dengan betul manakala selebihnya gagal. Dalam hal ini mereka

tidak dapat mengeja dan membina ayat mudah dengan struktur ayat yang betul.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Sebanyak empat langkah perlu diikuti oleh murid-murid untuk menghasilkan Little Book.

Langkah 1 : Murid-murid dikehendaki membina 4 atau 6 ayat Bahasa Inggeris

berdasarkan pada helaian muka surat. Contoh :

There are two ducks There are five birds

There are eight cows There are ten cats

Langkah 2 : Murid-murid dikehendaki menulis Title dan Narrated by… di sebelah

hadapan kulit buku tersebut dan menulis muka surat di setiap helaian Little Book.

Langkah 3 : Murid melukis atau menampal gambar-gambar berdasarkan ayat

yang telah mereka tulis serta mewarna mengikut kreativiti mereka.

Langkah 4 : Membaca Little Book bersama kawan –kawan

5.4 Perlaksanaan Tindakan

Topic : Objects

Focus : Sentence structure – I want a . . . .

Step 1 : read the text with correct intonation and pronunciation

Step 2 : students orally – I want a pencil

Step 3 : write simple sentence in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Gambar 1 : Contoh Little Book bagi topik Objects

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

4

Pemerhatian

Murid-murid seperti “terpaku” melihat contoh Little Book. Mereka tidak sabar-sabar untuk

menjalankan aktiviti tersebut. Apabila aktiviti bermula saya menghadapi masalah muridmurid

mengambil masa untuk menulis ayat walaupun sudah diberikan contoh. Mereka

banyak memberikan tumpuan melukis sementara menulis agak perlahan, hanya empat

orang yang memberikan penuh perhatian dan menyiapkan kerja. Manakala yang

selebihnya tidak dapat menyiapkan kerja mereka
.

Refleksi

Sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid kelihatan seronok tetapi kurang memberi

tumpuan. Untuk aktiviti seterusnya saya akan menggunakan Buku teks Tahun 2 dan Buku

aktiviti Tahun 2 supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas.

Topic : Colours

Focus : Sentence structure – A blue . . . .

Step 1 : read the text with correct intonation and pronunciation

Step 2 : students orally – A pink balloon

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Gambar 2 : Contoh Little Book bagi topik Colours

Pemerhatian

Murid -murid mula membuat rujukan dalam buku teks dan buku aktiviti Tahun 2. .

Refleksi

Dalam masa satu jam sahaja, murid-murid sudah mengenali objek-objek di dalam Bahasa

Inggeris. Saya tidak mempunyai masalah untuk menerangkan maksud perkataan. Jika

ada kesalahan ayat mereka segera membuat pembetulan dan melihat kembali contoh

ayat dalam Buku teks Tahun 2.

Topic : Numbers

Focus : Sentence structure – There are _____ . This is ________. (Textbook Page 21)

Step 1 : read textbook (page 22)

Step 2 : students orally – There are five ducks

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

5

Gambar 3 : Contoh Little Book bagi topik Numbers

Pemerhatian.

Murid-murid didapati boleh membetulkan kesalahan ayat rakan mereka.

Refleksi

Saya tidak menyangka perubahan yang begitu ketara. Murid-murid begitu tekun daripada

sebelumnya mereka lebih berhati-hati semasa membina ayat. Mereka sudah dapat

membezakan ayat seperti There is…There are… .

Topic : Numbers (Addition/Plus)

Focus : Sentence structure – Two plus one equals three

Step 1 : read Activity book (page 34)

Step 2 : students orally – Two plus one equals three

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Gambar 4 : Contoh Little Book bagi topik Numbers – Addition / Plus

Pemerhatian

Murid lebih berdikari. Arahan yang diberi oleh guru mudah difahami. Saya juga dapati

mereka tidak mempunyai masalah untuk membina ayat hanya dengan sedikit arahan.

Refleksi

Saya rasa kerja saya bertambah mudah kerana kebanyakan murid boleh berdikari. Saya

boleh memberi fokus kepada murid yang lemah.

Topic : Numbers (Subtraction/Minus)

Focus : Sentence structure – Five minus two equals three

Step 1 : read Activity book (page 34)

Step 2 : students orally – Five minus two equals three

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

6

Gambar 5 : Contoh Little Book bagi topik Numbers – Subtraction / Minus

Pemerhatian

Semua murid dapat membina ayat dengan betul. Perubahan dari segi tingkah laku iaitu

yakin dan faham serta sentiasa bersedia dengan aktiviti yang akan saya jalankan. Tiada

kesalahan ayat. Murid sudah menunjukkan keyakinan serta tidak takut untuk bertanya

kepada guru.

Refleksi

Saya gembira dan seronok kerana murid-murid menunjukkan kesungguhan mereka.

Topic : My Family

Focus : Sentence structure – My _______________.

Step 1 : read Textbook (page 36)

Step 2 : students orally – This is my mother

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Gambar 6 : Contoh Little Book bagi topik My Family

Pemerhatian

Murid-murid dengan mudah menulis perkataan mother, father, brother dengan betul.

Refleksi

Pembelajaran dan pengajaran bertambah mudah dengan hanya sedikit arahan.Saya juga

boleh menyelia kerja mereka dengan mudah.

Topic : I Like ________

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

7

Focus : Sentence structure – I like ___________.

Step 1 : read Textbook (page 37)

Step 2 : students orally – I like ________.

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Gambar 7 : Contoh Little Book bagi topik I Like

Pemerhatian

Murid nampak begitu seronok untuk belajar Bahasa Inggeris kerana mereka boleh melukis

dan mewarna pada setiap tajuk yang saya ajar.

Refleksi

Saya tidak perlu menterjemahkan maksud perkataan. Hanya menulis ayat yang berulangulang

(
repetition) mereka mudah untuk membina ayat walaupun ditukar perkataandibelakang ayat seperti I like _______.

Topic : Clothing

Focus : Sentence structure – My ___________.

Step 1 : read Textbook (page 38)

Step 2 : students orally – My ________.

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Gambar 8 : Contoh Little Book bagi topik Clothing

Pemerhatian

Mereka mula menulis dan melukis berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid juga

menggunakan daya imaginasi dan tidak lagi bergantung pada buku teks untuk

menghasilkan Little Book mereka.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

8

Refleksi

Saya merasa gembira kerana mereka menunjukkan perubahan seperti membawa

pelbagai jenis buku untuk dibuat rujukan. Menulis ayat secara berulang – ulang dapat

membina pemikiran mereka supaya berfikir dengan cepat.

Topic : My Body

Focus : Sentence structure – These are my ______. This is my _________.

Step 1 : read Textbook (page 42 - 43)

Step 2 : students orally – These are my legs.

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Gambar 9 : Contoh Little Book bagi topik My Body

Pemerhatian

Perubahan dapat dilihat apabila murid-murid mengingat kembali apa yang saya ajar pada

pelajaran yang lepas. Contohnya
There are… There is….. apabila diminta membaca buku

mereka kepada kawan-kawan masing–masing berebut untuk membaca buku yang

mereka tulis.

Refleksi

Saya dapat mengenali murid-murid saya dengan lebih rapat kerana mereka sentiasa

bertanya dan bekerjasama dengan guru.

Topic : Story Time (Rose Bed)

Focus : Sentence structure in the textbook

Gambar 10 : Contoh Little Book bagi topik Story Time (Rose Bed)

Pemerhatian

Murid bertambah seronok apabila dapat menulis cerita dengan hanya menyalin ayat dari

buku teks. Malah murid boleh menilai hasil kerja sendiri dan rakan ketika membaca

semula Little Book.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

9

Refleksi

Saya merasa seronok kerana aktiviti ini dapat menarik minat murid – murid serta

berkongsi idea bersama mereka.

Topic : Buildings and Directions

Focus : Sentence structure – This is a ___________.

Step 1 : read Textbook (page 68 - 69).

Step 2 : students orally – This is a ____________.

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Gambar 11 : Contoh Little Book bagi topik Buildings and Directions

Pemerhatian

Murid-murid dapat mengembangkan idea serta membetulkan kesalahan ayat dengan

mudah. Bagi murid – murid, menulis dalam Bahasa Inggeris menggunakan ayat yang

betul adalah penting. Selain daripada menyebut perkataan dengan betul mereka juga

boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Refleksi

Saya merasakan bahawa aktiviti ini dapat merangsang minat murid-murid untuk

mengingati ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris.

Topic : Animals

Focus : Sentence structure – This is a ______. It has _________.

Step 1 : read Textbook (page 72 - 73).

Step 2 : students orally – This is a ____________.

Step 3 : write simple sentences in Little Book

Step 4 : in groups tell the story which has been written.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

10

Gambar 12 : Contoh Little Book bagi topik Animals

Pemerhatian

Murid – murid kelihatan seronok kerana topik Animals. Terdapat murid yang ingin menulis

dua atau tiga ayat dalam satu muka surat. Mereka telah menunjukkan keyakinan diri dan

tidak takut bertanya.

Refleksi

Saya merasakan objektif kajian saya sudah tercapai kerana murid – murid sudah

berupaya menulis ayat dengan ejaan dan struktur ayat yang betul. Murid – murid juga

mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan seronok ketika belajar Bahasa Inggeris.

5.5 Refleksi Kajian

Setelah selesai menjalankan aktiviti Little Book yang melibatkan 12 topik dalam

sukatan, saya telah menjalankan Ujian Pos.

Jadual 3 : Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah Ujian Pra Ujian Pos

1 35

5

3% 97%

4 1

4

11% 3%

2 -

3

6% -

9 -

2

25% -

20 -

1

55% -

Graf 1 : Menunjukkan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Kelas 2 Cendikiawan Tahun 2005

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

11

Berdasarkan Jadual 3 dan Graf 1,saya mendapati perubahan begitu ketara sekali. Dalam

Ujian Pos didapati 35 orang murid 2 Cendekiawan telah mendapat markah penuh

berbanding markah Ujian Pra hanya 1 orang sahaja. Hal ini kerana semasa Ujian Pra

dijalankan murid-murid belum mendapat pendedahan cara membina ayat-ayat dengan

betul. Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah mengikuti aktiviti

Little Book bagi 12 topik yang membimbing murid – murid untuk mengeja dan membina

struktur ayat yang betul.

Jadual 4 :Kesalahan ejaan dan ayat

Jenis Kesalahan Sebelum Aktiviti Selepas Aktiviti

Ejaan Pensil Pencil

Struktur ayat Two this is ducks There are two ducks

Selepas aktiviti Little Book berdasarkan 12 topik dijalankan, saya dapati murid-murid 2

Cendekiawan telah dapat menulis ayat mudah dengan struktur yang betul seperti yang

terdapat dalam Jadual 4 kerana mereka telah diberi pendedahan cara menulis struktur

ayat dalam Bahasa Inggeris dengan betul tanpa kesalahan ejaan.

5.5.1 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan

Selepas kajian saya dapat melihat perubahan yang besar kepada murid-murid saya dan

saya sendiri. Sebelum aktiviti ini dijalankan pelbagai masalah timbul untuk menarik minat

mereka belajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana kebanyakan mereka mempunyai

latar belakang keluarga yang miskin kurang perhatian daripada ibu bapa serta kurang

bahan bacaan tetapi setelah melaksanakan kajian ini saya dapati sikap mereka telah

berubah daripada pasif kepada aktif ketika aktiviti dijalankan. Paling menggembirakan

saya, mereka begitu meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris dan selalu bertanya

“…….Teacher …. esok aktiviti apa teacher….” ataupun bila saja masa berakhir

kedengaran “……alah….. teacher ngajar la kelas kita sampai balik” malah ada yang

datang kepada saya ingin melihat apa yang saya bawa pada hari itu.

Selepas kelas berakhir saya pasti akan mencari idea dan membuat perancangan untuk

pengajaran keesokkan harinya. Sebelum kajian ini dilaksanakan saya tidak tahu

bagaimana cara untuk membuat aktiviti yang boleh menarik minat mereka. Setiap kali

melangkah ke kelas 2 Cendekiawan saya seolah-olah merasakan diri ini seperti penyanyi

kerana bila saja bermula kelas Bahasa Inggeris kedengaran sorakkan “Ye….Ye… teacher

Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Kelas 2C Tahun 2005

9

2

4

0 0 0 1 1

35

20

0

5

10

15

20

25

30

35

40

1 2 3 4 5

Markah

Bil. Murid

Ujian Pra Ujian Pos

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------

Sekolah Rendah

12

datang…” dengan begitu kuat sekali. Bila saya meletakkan barang-barang di atas meja,

mereka sudah tahu hari ini saya akan menjalankan aktiviti yang menarik. Nampaknya

mereka begitu bersedia setiap kali kelas bermula.

Saya memang tidak menyangka murid-murid boleh membina ayat hanya dalam masa

beberapa minit saja. Mereka sudah mahir, malah ada yang cuba menulis 2 atau 3 ayat di

dalam satu muka surat tanpa bertanyakan pada saya. Nampaknya saya telah dapat

menerapkan sifat keyakinan dalam diri murid-murid saya. Mereka juga tidak menghadapi

masalah dalam menjawab soalan di dalam buku aktiviti tahun 2. Jika terdapat masalah

mereka akan terus bertanya. Keyakinan yang dapat diterapkan melalui aktiviti ini telah

membuahkan kejayaan, salah seorang murid 2C telah memenangi tempat Ketiga dalam

pertandingan
Story Telling peringkat Negeri Johor, bukanlah mudah untuk memenangi

pertandingan apatah lagi terpaksa bersaing dengan murid-murid dari kawasan bandar

yang begitu petah bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Saya begitu kagum bila ada ibubapa yang mengikuti perkembangan dan mengesan

perubahan pada anak-anak mereka. Saya merasa bangga kerana telah dapat menarik

perhatian ibu-bapa sehingga ada yang terharu anak-anak mereka boleh menulis dalam

Bahasa Inggeris.

6.0 Cadangan kajian

Dapatan kajian dan kaedah Little Book menunjukkan bahawa Kaedah Little Book

menunjukkan terdapat perubahan pencapaian dan penguasaan kemahiran murid-murid

dalam membina ayat mudah dengan struktur ayat yang betul .Murid-murid 2 Cendekiawan

telah menunjukkan sikap yang positif dan yakin dalam kemahiran menulis ayat mudah.

Melalui refleksi dapatan kajian ini saya akan melaksanakan kajian ini kepada murid kelas

lain pula.

Bibliografi

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999) Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti

Teknologi Malaysia.

Manjin Gill, Matishwar Kaur,Kan Yuet Yee (2003) English
Year 2 Sekolah Kebangsaan

Text Book. Dewan Bahasa dan Pustaka.Manjin Gill, Matishwar Kaur,Kan Yuet Yee (2003) English

Year 2 Sekolah KebangsaanActivity Book. Dewan Bahasa dan Pustaka

Pn. MariamMohamed Nor, En.Abd.Halim Bin Ibrahim. (2004) University Perguruan Sultan

Idris. HBET 2303 Writing in an ESL Context. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails